Stabschef Oberster SA-Führer

Rencana utama: Stabschef

Selepas penciptaannya pada tahun 1929, Stabschef telah dianggap ketua sebenar SA.

Wagener menyandang gelaran Stabschef, dengan pangkat yang dicipta oleh Ernst Röhm. Lutze menggantikan Röhm selepas Röhm dibunuh, dan Schepmann menggantikan Lutze selepas Lutze maut dalam kemalangan kereta.

Insignia awal bagi Stabschef mengandungi pelapik satu daun oak yang dipakai pada kolar pakaian seragam SA. Bukti bergambar menunjukkan Röhm memakai insignia seperti itu di peringkat awal sebagai Stabschef. Oleh kerana kuasa Röhm semakin bertambah, insignianya juga berubah. Gambar-gambar dari pertengahan tahun 1931 menunjukkan Röhm memakai insignia corak tiga daun oak. Selepas tahun 1933, insignia bagi Stabschef mengandungi corak satu "bintang" yang dilingkari oleh separuh kalungan daun oak. Direka sendiri oleh Röhm, ia berdasarkan pada insignia Jeneral Bolivia (Röhm bertugas sebagai penasihat tentera Jerman kepada Bolivia pada hujung 1920an).

Selepas Röhm dibunuh pada Malam Pisau Panjang tahun 1934, penggantinya Lutze mengubah insignia itu kepada corak kalungan oak leaf serupa dengan insignia Reichsführer-SS. Insignia Sturmabteilung ini kekal sehingga hujung Perang Dunia II (1945).